Bila masa sesuai untuk menikmati kopi?

Dalam kehidupan seharian, kita mempunyai jam kehidupan yang akan menentukan bila kita makan, tidur, penat dan sebagainya. Kitaran masa atau jam ini akan membolehkan kita mengenalpasti bila masa yang sesuai untuk kita menikmati kopi dan menerima kesan yang sepatutnya.

masa terbaik minum kopi

Seperti semua sedia maklum, kopi mempunyai kandungan kafein yang akan memberi kesan dalam kehidupan kita, secara langsung atau tidak langsung.

Dalam kitaran kehidupan seharian, hormon yang dinamakan cortisol akan terhasil. Hormon ini akan membuatkan kita rasa segar dan dalam keadaan yang cergas. Secara semulajadi, sekitar jam 8.00 hingga 9.00 pagi, hormon cortisol ini akan terhasil dengan banyakkan.

Semasa tempoh sejam ini, lazimnya kita tidak memerlukan sebarang minuman atau kafein tambahan, kerana badan kita sedang melalui proses yang sama cuba bezanya tanpa pengambilan sebarang kafein.

Sekiranya kita mengambil kopi dalam tempoh hormon cortisol ini tinggi, kita hanya akan membazirkan kafein tambahan yang kita inginkan untuk menambah produktiviti seharian kita. Sebaiknya adalah untuk mengambil kopi di luar masa puncak hormon cortisol itu dihasilkan.

Berikut adalah cadangan pengambilan kopi yang berkaitan dengan masa puncak hormon cortisol,

jadual pengambilan kopi
cadangan jadual pengambilan kopi, sumber: ilovecoffee.jp

Semoga bermanfaat, lepas ni nak pekena kopilah nampaknya, dah tiba tempoh luar puncak hormon cortisol.

About the author

abangkopi

View all posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge