4 perkara penting dalam menyediakan kopi enak

Dalam proses penyediaan kopi yang enak, ada beberapa perkara penting yang perlu kita titikberatkan. Antaranya adalah untuk mendapatkan biji kopi yang segar. Biji kopi yang segar ini akan membolehkan kita menikmati kelazatan sebenar kopi tersebut.

menyimpan biji kopi

Simpan dalam bekas kedap udara

Salah satu amalan yang perlu kita titikberatkan untuk menjaga kualiti biji kopi yang telah kita beli adalah dengan menyimpan biji kopi tersebut dalam bekas kedap udara. Ini untuk mengelakkan daripada biji kopi itu rosak. Adik-adik boleh gunakan balang kaca dengan penutup untuk tujuan ini.

Elakkan simpanan dalam sejuk beku

Sekiranya kita membeli biji kopi, elakkan daripada menyimpan biji kopi tersebut dalam ruangan sejuk beku ataupun ruangan peti sejuk. Biji kopi akan menyerap lembapan dan ini akan merosakkan biji kopi tersebut. Memadai untuk menyimpan dalam ruangan suhu bilik sahaja.

Kisar sendiri biji kopi anda

Proses mendapatkan kopi yang sedap bermula dari proses kisaran biji kopi itu sendiri. Sekiranya kita ingin mendapatkan kopi yang berkualiti, ambil inisiatif untuk kisar sendiri biji kopi segar yang telah kita beli. Peminat kopi pasti akan merasai perbezaan kualiti dan rasa kopi tersebut.

Lebih enak dan menyelerakan.

Gunakan sumber air yang baik

Apabila kita ingin membancuh kopi, cuba untuk menggunakan sumber air yang baik. Elakkan menggunakan air yang tidak ditapis kerana ianya mungkin mempunyai bahan bendasing yang akan menyebabkan kopi kita kurang enak.

Itu tips ringkas dalam proses menyediakan kopi yang enak dan menyimpan biji kopi segar.

About the author

abangkopi

View all posts

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge