Artisan Roast Coffee – restoran kopi pilihan abang kopi

Setiap minggu abang bercadang untuk berkongsi restoran-restoran, gerai atau lokasi untuk menikmati kopi yang lazat di sekitar Kuala Lumpur. Sekali sekala, apabila ada kelapangan, abang akan berkongsi juga lokasi di negeri lain ataupun negara lain.

Artisan Roast Coffee

Artisan Roast Coffee

Artisan Roast Sdn Bhd memasarkan biji kopi yang dipanggang dan dikisar sendiri oleh mereka di beberapa cafe, antaranya adalah Artisan Roast Coffee TTDI. Antara menu yang menjadi pilihan dan mendapat perhatian di kalangan pelanggan mereka adalah Flat Whites dan juga Long Black.

Harga terkini untuk dua menu ni, abang tak pasti, sebab dah lama tak singgah di Artisan Roast Coffee yang terletak di TTDI ni. Sebelum ni harga untuk kedua menu ni adalah RM10 dan RM15, nanti abang singgah sekali lagi untuk dapatkan kepastian harga terkini.

kopi di artisan roast coffee

Susun atur restoran Artisan Roast Coffee juga menarik, jika singgah di cawangan PJ, restoran mereka mempunyai dua tingkat dan pilihan kerusi dan meja yang berbeza. Sesuai untuk mereka yang gemarkan kelainan.

Artisan Roast juga ada menjual peralatan penyediaan kopi, seperti alat untuk mereneh kopi, alat mengisar dan beberapa lagi alat lain.

Setakat ni, kopi yang dikeluarkan Artisan Roast turut dihidangkan di beberapa cafe lain di sekitar KL.

Sekiranya adik-adik ingin mencuba kopi di sini, boleh rujuk butiran di bawah:

Masa operasi
Mon – Fri 08:00 – 00:00
Sat & Sun 09:00 – 00:00
Holidays 09:00 – 00:00

No Telefon
+60377336397

Alamat
4 Lorong Rahim Kajai 14, TTDI

About the author

abangkopi

View all posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge