Kopi mempunyai bahan anti oksida semulajadi

Hujung minggu begini memang kopi akan menjadi hidangan utama dalam kehidupan abang. Kali ini abang ingin berkongsi cerita mengenai bagaimana sebenarnya kopi ini mempunyai bahan anti oksida semulajadi.

kopi bahan anti oksida semulajadi

Kenapa anti oksida ini penting dalam kehidupan kita?

Dalam kehidupan kita, akan berlaku tindakan kimia yang menyebabkan ada kehilangan molekul-molekul tertentu. Dalam proses pengoksidaan ini, akan berlaku rantaian sel yang akan mengakibatkan perkara yang kurang bagus untuk sel secara keseluruhannya.

Ada sel-sel yang akan mati akibat rantaian yang berlaku selepas proses pengoksidaan berlaku. Dalam skop ini, bahan-bahan anti oksida akan membolehkan rantaian tidak bagus ini dileraikan dan seterusnya membolehkan struktur sel dalam badan kita kekal di tahap yang baik.

Ada banyak bahan-bahan anti oksidan yang boleh kita perolehi dari bahan-bahan semulajadi, dan salah satu daripadanya adalah kopi asli yang ditanam dan diproses dengan baik.

Selepas ni tiada lagi ragu-ragu untuk membeli kopi yang berkualiti dan akan memberikan faedah kesihatan yang baik. Kalau ada yang ingin mengetahui apakah kopi yang abang amalkan dalam kehidupan seharian, jangan segan-segan untuk hubungi abang ya.

About the author

abangkopi

View all posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge