Adakah kopi juga dikenakan GST?

Harini 1 April, kecoh satu malaysia dengan berita GST. Mahu atau tidak, kita terpaksa tempoh perkara ini dengan bijak.

Coffee-Products-Vegan

Ramai peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan GST pada barangan yang sepatutnya dikecualikan daripada GST. Kita sebagai pengguna perlulah mengambil inisiatif untuk mengenalpasti mana satu produk yang sepatutnya dikenakan GST dan yang tidak.

Jika kita tidak mengambil berat perkara ini, kita mungkin akan dipergunakan oleh para peniaga yang hanya ingin mengaut untung lebih.

Bagaimana pula dengan harga kopi?

Ada dua jenis kopi di pasaran, kopi pracampuran 2 in 1, 3 in 1 dan seumpamanya akan dikenakan GST, manakala kopi serbuk atau uncang tidak akan dikenakan GST. Sekiranya kita menemui peniaga yang mengenakan GST untuk kedua-dua jenis kopi ini, kita boleh adukan kepada pihak berwajib.

Usah kita menjadi pengguna senyap, kita mampu mengubahnya. Selamat menikmati kopi ya.

About the author

abangkopi

View all posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge